1-Nama penuh saya ialah NURUL NADIRA ANATALIA. Maksud Nurul ialah Cahaya dan maksud Nadira pula ialah unik dan berharga. Manakala maksud Anatalia masih tidak saya ketahui sehingga ke hari ini. Mama cakap dia jumpa nama Anatalia dalam buku nama zaman dahulu kala jadi dia pun dah lupa apa maksud Anatalia. So, saya masih mencari apa maksud sebenar Anatalia tu. :)
2-Saya sukakan semua warna. Tapi favourite color saya adalah warna pink. Tak tau lah kenapa saya sangat meminati warna pink. Dari jam loceng, tuala, baju tidur, telekung dan semua lah yang berkaitan dengan saya dan barang-barang kepunyaan saya mesti berwarna pink. Sampai saya rela tak beli sesuatu barang even saya amat memerlukannya sampai saya jumpa warna pink. Contohnya macam selipar tandas. Obses betul kan? :p
3-Saya sangat tidak memilih dalam hal makanan dan minuman. Saya boleh makan dan minum apa sahaja asalkan ianya halal lah kan? Betapa tidak memilih nya saya, saya boleh makan nasi dan telur goreng berkuahkan kicap setiap hari tau. Tak percaya? Cuba lah! Tapi saya tak boleh makan makanan yang pedas. Nanti selera saya nak makan dan tengah lapar tu terus hilang. Saya juga tak makan ikan dan minum air oren. Unless tu je pilihan terakhir yang saya ada, saya masih boleh makan ikan dan minum air oren. Trust me. :)
4-Saya suka melihat perempuan-perempuan yang cantik dan saya adore everyone of them. Bila saya suka melihat perempuan-perempuan yang cantik, tak semestinya saya lesbian ok? Jangan salah paham. Kesukaan saya melihat perempuan-perempuan cantik akan bertambah dan meningkat apabila mereka juga mempunyai attitude yang cantik. Cantik luar dan cantik dalam lah kiranya! Tak suka lah yang hanya cantik luar tapi dalam sangat buruk. Nak-nak yang berlagak. Pantang sungguh saya. Jangan perasan kau lah paling cantik boleh? Kalau kau rasa kau paling cantik, bertimbun-timbun lagi orang yang cantik kat luar sana. Sebab kejadian tuhan tu indah-indah belaka. :)
5-Saya sayang family saya. Sebab tanpa mereka tiada lah saya pada hari ini. Mereka tak pernah abaikan saya malahan sentiasa memenuhi kehendak saya dari segi zahir dan batin. :p
6-Dari segi luaran atau fizikal, ramai yang akan mentafsirkan saya seorang yang lembut tapi hakikatnya mereka sangat salah sebab saya seorang yang sangat kuat, cekal, tabah, degil dan keras kepala. Kalau saya mahukan sesuatu atau sudah membuat keputusan, saya tidak akan pernah mengubahnya. :)
7-I am single but not available. Yes, saya sudah mempunyai boyfriend. Hubungan kami sudah mencecah 5 tahun. Alhamdulilah. Saya sangat sayang dan senang serta selesa bersama dengan dia. Semoga hubungan kami kekal untuk selamanya. Doakan ye rakan-rakan. :)
8-Saya akan menjadi seorang yang pendiam jika saya baru mengenali anda. So, bila saya diam jangan lah anggap saya sombong. Maybe saya memerlukan sedikit masa untuk berkomunikasi dengan selesa sebab bila saya dah selesa dengan anda, saya akan menjadi seorang yang sangat aktif dan suka menyakat sampai anda pun tak larat nak layan. :p
9-Saya suka mengemas. Sangat suka. Setiap pagi bila bangun pun, perkara pertama yang akan saya buat adalah kemas katil dan bilik saya. Sebab tu saya tak pernah suka kongsi bilik atau orang masuk bilik saya. Sebab saya tak suka bila orang sentuh atau alihkan barang saya. Pantang betul tau. Saya pernah nanges bila saya cari barang saya dan saya tak jumpa sebab mama dah alihkan. See, i told u kan? :p
10-Saya bukan tak suka memasak tapi saya takut. Kenapa? Sebab saya takut bila tengok dan dengar bunyi minyak dah panas. Takut betul kalau terkena minyak panas. Sakit woo. Macam lah dah pernah terkena kan? :p
11-Saya suka shopping! Who doesn't? Especially girls kan? Tapi sebenarnya membazir sebab saya suka membeli tapi jarang menggunakannya. Kebanyakkan barang yang saya beli, saya akan gunakan dalam kurang dari 10 kali. Sangat membazirkan? Pastu saya akan bagi or jual pada orang. Tapi sekarang saya dah berjaya control sifat suka membazir saya tu sebab saya akan pikir saya nak beli sebab suka or saya betul-betul memerlukannya. :)
12-Saya seorang yang rabun. Tapi saya tak suka lah nak pakai specs. Saya hanya akan pakai specs bila dalam kelas, keluar pada waktu malam or drive pada waktu malam. Bila time desperate lah baru saya akan gunakan specs. :D
13-Saya tak suka penipu. Seriously tak suka. Pantang betul kena tipu. Saya suka orang yang jujur dan berterus terang. Even dia buat apa yang saya tak suka, saya lebih rela dia jujur dan berterus terang. Daripada dia menipu and i found out the truth sendiri. Sangat menyedihkan dan menyakitkan tau? :(
14-Saya tak suka binatang yang berbulu. Geli! Lagi geli bila tengok time dorang baru lahir. Sebab time tu dorang tak ada bulu and tak boleh bukak mata lagi. eee! Sorry. Bukan tak pernah cuba nak suka. Tapi memang tak akan suka. :( Kalau ikan or turtle, saya suka! :)
15-Saya tak suka orang yang selalu dengki and tak boleh tengok orang senang. Sebab saya rasa orang macam ni tak layak pun ada pada zaman sekarang. Bukankah kita saling memerlukan antara satu sama lain? :)
16-Saya masih belajar dan akan meneruskan pembelajaran saya seperti yang sudah saya rancangkan dan impikan. Harap segala rancangan dan impian saya akan berjalan lancar seperti yang saya mahukan. InsyaAllah. :)
17-Saya masih tidak pernah bekerja. Jadi saya masih tidak punya pengalaman bekerja. Kesian kan? Bukan tak nak tapi parents tak bagi. So, tak pe lah. Sekarang saya tak pernah pikir nak try bekerja pun. Just menggunakan cuti dengan sebaiknya sahaja. :)
18-Saya nak melancong ke semua tempat. Bermula dengan Malaysia sampai lah luar dari Malaysia. Mesti seronok kan? Bukan untuk bershopping tapi untuk melihat tempat dan budaya orang lain yang maybe berbeza dari kita. Setakat ni saya sudah berjaya ke Penang bersama rakan-rakan yang memang suka travel. i like! :)
19-Saya nak memiliki rumah dan kereta serta segala kelengkapan dengan hasil titik peluh saya sendiri sebelum saya berkeluarga. Jadi bila saya dah berkeluarga nanti tak perlulah nak bersusah payah dah kan? Hanya perlu gunakan je segala kesenangan dan kelengakapan yang sudah berhempas pulas saya dapatkan. :)
20-Saya sukakan benda yang classic. Bagi saya benda yang classic sangat cantik, berkualiti dan berharga. Benda classic jugak mempunyai tarikan yang tersendiri. :)
21-Bila saya nak tidur, saya akan pastikan lampu ditutup. Saya lebih suka tidur dalam keadaan gelap daripada keadaan yang terang. Tapi jika saya share bilik dengan orang yang tidur dalam terang, i don't mind. Cuma, saya mesti kena tidur dengan membungkus seluruh badan saya dari kaki sampai lah ke kepala. So, barulah saya dapat tidur. Sesetengah orang tak boleh buat macam tu sebab nanti dorang lemas. Tapi saya kena buat macam tu baru lah saya dapat tidur. :)
22-Saya tak boleh berada dalam keadaan yang sangat sejuk. Especially tidur dengan menggunakan air cond. Badan saya senang sejuk. Kekurangan lemak maybe? Saya lebih senang menggunakan kipas. Tapi jika terpaksa menggunakan air cond, contohnya, bila tidur kat hotel, saya akan memakai stokin or memilih untuk tidur dibawah agar terlindung dari terkena air cond. :p
23-Saya lebih senang dan suka message daripada bercakap telefon. Sejak dari dulu pun macam ni tau. Tak tau lah kenapa. Tapi kalau saya boleh berborak dengan anda dalam phone dengan sangat lama, dari situ anda boleh tau yang saya dah pun selesa dengan anda. Kalau saya susah nak jawab phone and hanya menjawab soalan anda means saya masih segan dan malu-malu dengan anda. haha. :p
24-Sangat suka dikelilingi oleh orang-orang yang baik. Sebab bila anda berkelakuan sopan dan baik dengan saya, makanya saya akan jadi lebih sopan dan baik dengan anda. Jika anda berkelakuan buruk dan jahat, makanya saya boleh jadi lebih buruk dan jahat daripada anda. So, take note people! I hate drama queen. Seriously. I don't think i need all your drama. Eventhough i know u can be the best drama queen ever! aha. :p But seriously, i can be one of u guys! Thank you! haha.
25-Selama 21 tahun saya hidup, saya pernah mempunyai 2 handphone sahaja. Yang pertama, saya dapat ialah handphone Nokia N70 iaitu selepas saya tamat sekolah menengah. Dan yang kedua saya dapat pada tahun ini. Iaitu handphone Blackberry Bold 9700 sebagai hadiah harijadi saya yang ke-21. Thank you papa! I love you more than everything! <3
So, that's it. 25 random, things, facts and goal about me. I dah terang dengan panjang lebar dah. So, selamat membaca dan mengenali diri i. :p btw, thanks for tagging me, nadia! :)
p/s: Stop talking nonsense about me. U know that u are talking rubbish and it was't true. So, stop making up stories. Unless u are trying to make me famous. aha. :p I'm afraid that i'm gonna point out a fact statement again and you don't know where you are going to hide your face anymore. :D
love,
NadiraAnatalia! :)
2 comments:
nad. tu pic u ke? mcm lain je.
ye la. sebab jauh kot. tgk kat fb. hee. :D
Post a Comment