Tuesday, December 7, 2010

penang :)

Hari Pertama.
Khamis.
2 Disember 2010.

Kami bertiga iaitu Nadia, Syairah dan i menaiki bas dari Kuantan ke Kuala Lumpur pada pukul 12.30 tengah hari.


Kami telah sampai ke Pekeliling pada pukul 4.30 petang. Setelah sampai di Pekeliling, kami terus membeli tiket LRT ke KL Sentral.

-Pelik gila time ni. Kitaorang cakap nak 3 tiket. Tapi orang tu just bagi 1. Sampai kitaorang kena tunjuk dengan jari nak 3 baru dia paham. Dah lah macam tak nak bagi tiket selagi tak keluarkan duit. -_-"

Kami telah sampai ke KL Sentral pada pukul 5.00 petang. Setelah sampai di KL Sentral, kami terus membeli tiket untuk menaiki train ke Butterworth pada pukul 10 malam. Pada awalnya, kami mahukan bilik yang mempunyai katil untuk keselesaan sebab kami akan berada di dalam train selama 7 jam. Tetapi malangnya, tiket untuk bilik yang mempunyai katil telah habis. Yang tinggal hanyalah tiket untuk duduk di dalam train. Kami sangat terkejut sebab tiket untuk bilik yang mempunyai katil habis sebab baru pukul 5 petang kan? tapi kami bersyukur sebab tiket untuk duduk masih ada. kalau semua tiket pun habis, terpaksalah kami tidur di KL Sentral tu kan? no choice. so lebih baik ada daripada tiada langsung kan? :)

-Memanglah kitaorang masih bertiga. Tapi kitaorang nak beli tiket untuk 4 orang. Lepas dah bayar dan ambik tiket, ingatkan orang tu bagilah 4 tiket kan? Tapi rupanya dia bagi 3 tiket je. Fuhhh. Terkejut kitaorang. Nasib baiklah check. Kalau tak, sia-sia jelah lagi sorang tu ikut sampai KL Sentral. Sapalah yang sorang tu kan? :p Rasanya dah cakap dengan jelas. tapi susah lagi dorang nak paham kot. -_-"

Setelah membeli tiket untuk menaiki train, kami pergi makan di KFC. Sebab semua orang pun sangat lapar time tu. :D

Dalam setengah jam lepas tu, Hamizah sampai dari Muazam Syah. :)



Lepas dah siap makan, kami ke surau untuk menunaikan solat sementara menunggu ketibaan train kami.

-Satu lagi masalah timbul. Apabila train kami delay sebanyak 2 kali. 1st,delay sampai pukul 10.30 malam. Then, the 2nd time, delay sampai pukul 11 malam. Dahlah yang delay for the 2nd time tu kami syok berborak sampai tak sedar dah pukul 11. nasib baiklah ada announcement. tapi announcement pun 5 minit before train berlepas okay? -_-"

Bila dah naik train. Semua orang ambil masa untuk berehat dan tidur sebab nanti akan perlukan tenaga yang sangat banyak untuk berjalan. Tetapi malangnya masing-masing tak dapat tidur dengan lena. Sebab bila dalam train sangat terang dan sangat sejuk. ;(

p/s: ni baru 1st day. will update the 2nd day pulak! :)


xoxo

0 comments: