Thursday, December 9, 2010

result :)

Tengah berseronok dan bersuka ria time cuti semester, tiba-tiba bila on facebook, terkejut dapat invitation event, RESULT FINAL EXAM (UiTM). Padahal baru je sebelum on facebook dah terpikir malas nak pikir pasal result lagi. Apa nak jadi, jadi lah. Apa yang i dapat nanti, terima je lah. So, bila dapat invitation tu terkejut lah kan. That's why until now pun i tak bagi jawapan whether i'm attending or not. Macam perlu ke kena ada event tu. Sebab sangat menakutkan lah nak attend. hehe.

Then today i dapat result dah keluar. Padahal dalam event tu cakap result akan keluar pada 10 Disember. Tapi i memang dah pelik lah kan sebab 10 Disember hari jumaat. Selalunya result akan keluar pada hari khamis. Bila dah tau ramai yang dah dapat tengok result dorang and bila on facebook pun bersepah orang update status pasal result, i jadi semakin tak sabar dan semakin takut. Dua dalam satu. Tak sabar nak tengok result tapi takut nak tengok sebab takut result menghampakan. hehe.

I try check result time tengah hari tadi but then i tak dapat tengok result pun. Perkara biasa yang akan berlaku bila result keluar lah kan. So, siapa yang dapat tengok tu memang lucky lah kan? Then dapat message yang everyone akan dapat result dorang melalui email. I macam tak percaya lah kan sebab student uitm tersangat lah ramai. So, macam mustahil je. Tapi tup tup try bukak email and first email adalah email result. Terkejut gila. Tapi berani kan diri untuk bukak and tengok sebab no matter what and no matter when, nanti kena tengok jugak kan. Bila bukak sangat teruja dan tak sangka. ALHAMDULILAH! :)

p/s: Tuhan itu Maha Adil. Dia sentiasa tahu apa yang terbaik untuk makhluknya. Tak semestinya bila Dia berikan kesusahan dan kesedihan, Dia tidak akan menghadiahkan kesenangan dan kebahagiaan. I am happy. Seronok berada bersama-sama orang baik. Alhamdulilah. Enough said! :)

love,
will always be NadiraAnatalia!

0 comments: