Pesanan Terakhir Rasulullah
'Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.''Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.'
Walaupun Maulidur Rasul adalah pada hari Selasa minggu lepas iaitu pada 15 Februari tapi baru hari ini I berkesempatan untuk bercerita tentang hari tersebut :D Walaupun dah sangat lambat dan lewat, I tetap nak ucapkan Salam Maulidur Rasul pada semua umat Islam tak kira dimana jua anda berada :)
Di samping menyambut Maulidur Rasul, birthday Papa pun pada hari yang sama. Tapi tak dapat celebrate dengan Papa sebab hari Selasa kan so cuti pun hanyalah sehari sahaja jadi tak berkesempatan untuk pulang. Hanya berkesempatan untuk wish melalui call dan sms je. Whatever it is, I LOVE YOU Papa! You are the best dad! :) Bak kata orang, 'dunia dah maju dan zaman dah berubah.' :D
Btw, sem ni agak busy sedikit. Dari hari ke hari, bulan ke bulan, assignment, quiz, test semuanya semakin bertimbun-timbun dan masa pula semakin singkat dan suntuk but it was fun lah. Banyak buat aktiviti yang menarik bersama rakan-rakan dan yang tersayang. Even last week dapat buat kerja gila bersama mereka sampai tak kenal erti penat. Paling seronok dapat kenal 3 orang kawan baru, Eah, Mili and Paan. Mili si blogger terkenal yang sangat kecil orangnya tapi tersangatlah rendah diri. Bukan macam setengah orang yang lagaknya macam blogger terkenal tapi tak siapa kenal. ehe. Even baru kenal tapi kitorang boleh fit in antara satu sama lain. :)
Okay. Ni baru post kedua untuk tahun ni ye rakan-rakan. Sorry lah agak lama tak update kat sini sebab tak berkesempatan untuk online lama-lama dihadapan laptop. Hanya sempat online menggunakan telefon je. Itu pun selalu berada di dunia facebook dan twitter :) This week dapat pulang ke rumah akhirnya. Tak sabar :)
Till then guys. Will update later. Nak upload pictures tapi biasalah kalau dah malas. Susah nak jadi rajin balik :p
Take care!
xoxo
0 comments:
Post a Comment