Saturday, April 30, 2011

April :)

Bila tiba bulan April mesti semua jadi kelam kabut, huru hara, tunggang langgang dan serba tak kena. Kenapa? Sebab setiap kali bila tiba bulan April, bertimbun lah assignment, quiz and test. Semua yang tertangguh dan tertunggak semuanya nak kena settle kan dalam bulan April. Bila keadaan ini berlaku, jadi lah kami semua seperti burung hantu yang sentiasa berjaga malam untuk menyiapkan apa-apa yang patut atau pun menjadi robot yang sentiasa bekerja seperti tidak kenal erti penat dan tidak memerlukan tidur yang secukupnya. Dasyat kan? Tapi itu lah kenyataan nya. :p So, jom kita tinjau apa antara aktiviti sampingan yang I lakukan di bulan April. Walaupun sibuk dengan belajar tapi kena berhibur jugak kan? Baru lah seronok! :)

1st week of April. Ingatkan tak nak balik sebab dah start banyak assignment kena siapkan, banyak quiz and test. So, sepatutnya kena study lah kan? But kena balik jugak sebab my parents nak pergi wedding. So, I kena lah jaga that little Hurin dekat rumah. Haih. Apa lah nasib. Hehe. Dapat kek tu sebagai upah untuk jaga Hurin. Ciput je. Tak dapat memenuhi suku perut pun :p


I tak tau bila musim buah tiba ke, bila musim buah tamat ke, sekarang musim buah apa ke, nanti musim buah apa pulak ke tapi bila tengah jalan-jalan, tiba-tiba kitorang nampak ada abang-abang ni jual buah durian kat tepi jalan. Apa lagi, kami pun terus lah berhenti untuk berehat bersama durian sebentar :p sedap, puas hati dan berbaloi lah dengan harganya :)

Mula-mula bersiap-siap untuk celebrate birthday Hanisah. Tapi bila dah sampai kat sana tup tup rupanya birthday celebration tu untuk 4 orang sekali gus dan 4 orang tu termasuk lah I sekali. Memang I tak terpikir or expect langsung lah kan sebab birthday I ada lebih kurang dalam seminggu lagi :D

Antara rakan-rakan kelas yang ada pada malam tu. Thanks guys. I memang tak expect langsung kot. Patut lah malam tu tak boleh nak duduk sesuka hati kat mana-mana. Tempat duduk dah ditentukan. Pelik pada mulanya tapi tak pikir apa-apa lah kan? Terus main duduk je lah kat tempat yang dah ditentukan tu. Rupa-rupanya ada udang di sebalik mi :p

Pada mulanya I tak nak pergi pun malam tu. Malas dan penat. Tapi setelah di pujuk oleh Aliah, so I pun pergi lah. Tak sangka pulak dia pun bersubahat sama. Pandai betul dia pujuk dan boleh pulak I terpedaya kan? Btw, thanks dear! Love Ya! *Hugs* :)

Bila dah tau rupanya birthday celebration tu termasuk lah untuk celebrate birthday I sekali, I tau lah yang balingan tepung nanti mesti I akan kena jugak. Ingatkan dapat selamat kan diri. Tapi rupanya tak. So, itu lah hasil balingan tepung daripada mereka sempena birthday I pada tahun ni. Nasib baik tepung je. Kalau ada telur sekali habis lah. Memang busuk :p

Itu lah serba sedikit aktiviti sampingan I walaupun dalam kesibukkan. Masih sempat berseronok dan bersuka ria lagi :p So, bulan April untuk tahun ini dah pun tamat. Sekarang masa untuk lalui bulan Mei pula. Hope bertambah meriah lah. Lagi pun sepanjang bulan Mei kan Semester Break. :)

Itu saja yang I nak share and cerita untuk post kali ni. I nak ambil kesempatan untuk ucapkan Happy Labour Day untuk setiap pekerja di seluruh dunia dan tak kira di mana pun korang berada :p I pun dalam masa sebulan lagi akan dapat pengalaman pertama menjadi pekerja jugak. Hope semuanya baik-baik sahaja :)

xoxo

0 comments: