Sedar tak sedar, sudah 3 bulan kita berada dalam tahun 2011. Cepat kan masa berlalu. Hari ni sudah pun 1 April 2011. Seronok dan gembira bila masuk bulan April :) So, jom kita tengok balik apa antara aktiviti yang i buat sepanjang bulan March :D

Cubaan untuk kali yang pertama. Seronok dan teruja bila diberikan peluang. Selama ni nampak macam senang. Tapi rupanya bukan susah cuma perlukan kesabaran yang tinggi dan I bukanlah seorang yang penyabar ye. Digandingkan pula dengan model yang memang dah berpengalaman dan professional. Tak senang duduk dan berdebar tak henti lah jawabnya :p

Berkaraoke juga buat kali pertama bersama classmates. Syaffiq, Amizah dan Maisarah. Malu tapi mahu cuba berkaraoke bersama mereka. Dah lah mereka semua memang mempunyai suara yang sedap di dengar. I pula hanyalah perosak lagu dengan suara sumbang. Tapi tak kira. Nak jugak join :p

Birthday party adik Fazyana yang ke-16 iaitu Faznita. The theme was white and no red. Sangat susah ok nak cari anything yang tak ada merah dalam almari I. Tapi korek punya korek nasib baik lah jumpa kan? Dengan kasut yang memang lama tak pakai sampai tup tup boleh pulak kedua-dua belah tapak tercabut. -_____-

Battle of The Band. Actually sem ni adalah sem paling bebas. Kenapa bebas? Sebab kitorang tak payah nak pergi any activity yang di jalan kan semata-mata nak kumpul kupon untuk dapat kolej for the next sem. Tapi kitorang pergi tengok Battle of The Band ni sebab nak support our lovely classmate, Aliah Athirah :) Dia jadi vokalis untuk band dia. Nyanyi lagu Crush Crush Crush by Paramore. Best tau! Good job and well done dear! *Hugs*

Bulan March adalah bulan kelahiran adik perempuan kesayangan, Hurin Aulia :) Dah 5 tahun dah dia. Cepat je masa berlalu. Kalau dulu-dulu, memang tak suka gila ada adik kecik sebab macam menyusah kan kena jaga dia. Jarak umur kitaorang pulak 17 tahun kot. Tapi bila dia semakin membesar, seronok sebab dia tak macam budak lain. Kita boleh berborak dan berkawan dengan dia. ILoveYou! *Hugs*
So, itu dia antara aktiviti I di bulan March. Sekarang bulan March dah tamat. Goodbye March. Bulan April pula tiba. Hello April. Please be nice ya? :p
xoxo
0 comments:
Post a Comment